The One & The Only

The One & The Only
smile

Jumaat, 24 April 2015

Pabila REJAB diSISI....HATI semakin BERDEBAR...

Assalamualaikum w.b.t,

Semoga pembaca blog ini sentiasa didalam keredhaan Ilahi. Amin...amin...amin...

Hari ini merupakan 24 April 2015 bersamaan 5 Rejab, 1436.  Ya Allah, sungguh pantas masa berlalu...kini bertemu kembali dengan Rejab. Hati ini tidak sabar untuk bertemu dengan Syaaban dan kemudiannya bersama-sama dengan Ramadhan.

Kepada pembaca yang telah membaca blog ini sebelum ini, anda akan perasan ini merupakan kali pertama atau kedua saya menulis mengenai perasaan saya. Hahaha...mungkin kerana ketika ini Rejab bersama saya yang membuatkan hati ini semakin dipenuhi kerinduan yang mendalam kepada seseorang yang amat penting kepada saya...

SIAPAKAH DIA???

BONDA saya...

Kini saya tahu apa maknanya kerinduan yang mendalam, mungkin kerana selama ini saya boleh berjumpa beliau di hujung minggu pada setahun yang lepas jika saya kerinduan (menuntut di UiTM Lendu, Melaka)....Dikala itu, jika saya pulang petang hari menaiki bas sahaja, saya tidak perlu risau kerana saya tahu orang-orang kesayangan saya sudi menjemput saya jika terkandas diantara Melaka dan Negeri Sembilan (lebih tepat lagi adalah di Tampin..bas lompat-lompat…biasalah tu)...hahahaha...itulah kakak saya yang sangat banyak berkorban demi saya selain ibu saya. Tetapi kini, 'over the sea' itu menjadi penghalang (alhamdulillah, rezekinya ke UiTM Samarahan, Sarawak. Amik hang, kan da jauh betul tu...ingat nak Kedah jek). Hampir setahun jugalah hanya menggunakan telefon sebagai alat penghubung....ARGHHHH!!!! Ramadhan...memang aku tunggu kedatangan kamu...huhuhu....

hahaha...Hambar sekali hidup ini pabila berjauhan dari Bonda, tetapi pabila Rejab sudah disisi, Benarlah apa yang pernah di beritahu Nabi Allah, Rasulullah  bahawa yang dapat menenangkan hati kita apabila memandangnya adalah Ka'abah, al-Quran dan wajah seorang ibu.

Doa yang selalu saya lafazkan pada waktu-waktu ini adalah, "Ya Allah, pertemukanlah aku dengan Syaaban, dan sampaikanlah jodohku dengan Ramadhan, Ya Allah...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelum ini. Amiinnn."



Ahhhh...sebelum saya terlupa tujuan saya untuk entry kali ini...hahaha....bukan sekadar untuk meluahkan rasa rindu tetapi juga untuk berkongsi ilmu yang saya dapat dari muslimvillage.com yang bertajuk The merits of Rajab yang ditulis oleh Khuram.  Berikut merupakan sebahagian daripada artikel beliau.

Rajab, the Month of Istighfār 
The best way of preparing the heart to receive divine gifts is purification and repentance. For this reason the scholars say that Rajab is the month of seeking forgiveness, whereas Sha`ban is the month of sending peace and blessings upon the Prophet, and Ramadan is the month of the Qur’an. Thus it is recommended to seek much forgiveness in Rajab. Some of the scholars compiled special formulae of istighfar especially for Rajab, among them Habib Hasan the son of Imam `Abullah bin `Alawi al-Haddad.
In Tarim the following formula is read 70 times in congregation immediately after the `Isha Prayer every night in Rajab. The one reading it raises his hands while doing so:
Transliteration:  “Rabbi ‘ghfir li w’ arhamni wa tub `alayya.”
Translation: “Oh Allah forgive me, have mercy upon me, and grant me repentance.”

 Jika anda ingin membaca keseluruhan isi kandungan artikel beliau, anda boleh klik ke link yang tersedia dibahgian bawah entry ini.

Oh ya! Pesanan penuh peringatan kepada anda semua, ummm...jap...terlupa lak.... hah...kepada yang pernah tinggal puasa, saya minta...gantilah sementara ada masa ini....TOLONG jangan ambil ringan dengan mengatakan bahawa akan menggantikan dengan FIDYAH sedangkan anda mampu untuk menggantikan puasa itu sendiri. Jangan sampai satu ketika Allah ambil nikmat kesihatan itu. Kepada yang perlu membayar zakat, agak-agak bajet tak mencukupi tu, anda boleh start kumpul duit untuk perbelanjaan raya, lagi-lagi tatkala ini GST berada di samping para peniaga. INGAT, ZAKAT ITU PEMBERSIH HARTA. Kepada pemburu keampunan Allah, wahai jiwa-jiwa yang merindui kasih dan sayang-NYA, anda boleh start melatih diri tuk berpuasa, mendirikan solat malam hari, amalan-amalan yang  mendekatkan diri kepada Pencipta Malam dan Siang, Pemilik kepada jiwa-jiwa yang bernyawa. 

Saya mendoakan agar kita semua akan bertemu jodoh dengan Ramadhan pada kali ini, insyaAllah. Dengan rasa rendah diri, saya mengundurkan diri. InsyaAllah, entry akan datang mengandungi lebih banyak informasi yang lebih berguna kepada kita semua. InsyaAllah.

Semoga berjumpa lagi di entry yang akan datang.

Assalamualaikum.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan