The One & The Only

The One & The Only
smile

Ahad, 5 Jun 2016

Solat Sunat Tarawih

Assalamualaikum w.b.t,

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN!


SEMOGA SELAMAT MENGEJAR KEBERKATAN RAMADHAN!!!

Pada entry pada kali ini, saya ingin berkongsi bengenai 'BAGAIMANA HENDAK MELAKSANAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH'. Ini kerana Ramadhan bakal menjenguk kita pada hari esok atau lusa. So, jangan lupa untuk menunggu 'atuk' pemegang Cop Mohor Diraja, okey? (Hihihi...rindu lak ngan atuk tu). Topik kali ini macam topik biasakan? Tetapi pada saya tidak, kerana kekadang, siapa yang pergi ke masjid atau surau itu tidak pasti apa yang perlu dibacakan. Atau kepada yang baru mula nak mengerjakannya pun memerlukan bamtuan ini bukan?Jadi, apa kata kita sesama kongsi pengetahuan ini.


Apakah itu SOLAT SUNAT TARAWIH?

Solat Sunat Tarawih adalah solat selepas waktu Isyak di dalam bulan Ramadhan.

Solat ini dihukumkan sebagai sunat Muakkad, yang boleh dilakukan sendiri atau berjemaah. Solat Sunat Tarawih mempunyai 20 rakaat dengan 10 kali salam. Ianya lebih afdal dijalankan secara berjemaah.

* Niat solat sunat bagi yang melakukannya secara bersendirian,
Dengan lafaz niat "Usolli sunnatat taraawihi rak'ataini lillaahi ta'ala" yang diterjemahkan sebagai 'Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Ta'ala'.

*Niat solat sunat bagi yang melakukannya secara berjemaah.
Dengan lafaz niat "Usolli sunnatat taraawihi rak'ataini makmuman lillaahi ta'ala" yang bermaksud 'Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Ta'ala'.

Surah al-Fatihah akan dibaca untuk kesemua rakaat smbil ditemani dengan mana-mana surah yang dikendaki oleh si pelaku, namun begitu, amat dianjurkan untuk membaca atau diutamakan surah al-Ikhlas.

Buat masa ini, ini sahaja yang saya sempat kongsikan.

Selain itu, saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa hati atau tersinggung dengan saya secara saya sedar atau tidak, saya dengan ini merendahkan diri saya untuk memohon maaf. Kepada yang berkenaan, yang memberi hutang kepada saya, ingatkan saya kembali agar saya boleh melunaskannya.

Sekian terima kasih dan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan