The One & The Only

The One & The Only
smile

Ahad, 9 Februari 2014

HEBATNYA HIDAYAH ALLAH

Assalamualaikum w.b.t...
Salam ukhwah saya kepada semua pembaca. Maaf kerana lama tidak meng-upload entri2 yang baru. Kesempitan waktu menghimpit diri ini...
  Untuk entri pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai HIDAYAH ALLAH. Apa itu hidayah atau hidayat? Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, ia membawa maksud kepada sesuatu yang menjadi panduan atau pimpinan daripada Allah. Dalam erti kata yang lain adalah bimbingan ataupun petunjuk.
  Begitulah yang menjadi kisah hidup seorang manusia yang telah dikurniakan HIDAYAH yang amat berharga ini. Insan yang mendapat panggilan kasih sayang Ilahi yang saya ingin perkatakan ada Diana Amir, penggiat seni tanah air kita. Gadis yang biasa sahaja tetapi tindakan yang diambil oleh beliau adalah sangat luar biasa.
  Perkara yang membuatkan hati saya tergerak untuk menulis entri ini adalah ilham yang dikurniakan oleh Allah melalui sebuah buku yang pada pendapat saya amat meruntun hati dan jiwa saya. TITISAN MUHABBAH. Buku yang mengisahkan kehidupan beliau sebelum menerima hidayah dan tatkala bekerja dengan orang yang bukan muslim (non-muslim) tetapi masih lagi menjaga tatacara orang muslim. Subhanallah.
Allahuakbar!!!
Besarnya petunjuk dari Allah itu. Terasa betapa kerdilnya saya sebagai orang Islam. Saya bekerja dengan orang Islam yang menjual barangan untuk muslimah, tetapi masih tiada pendekatan cara Islam seperti syarikat naungan Diana Amir ini. Bukan maksud saya untuk mencela, akan tetapi dengan penerbitan risalah ini membuat saya rasa di tampar pada kedua belah pipi saya. Islam pada nama, bukan pada hati. Semoga Allah membuka pintu hati-hati semua muslim agar dapat menurut segala yang arahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
  Risalah ini juga memberikan inspirasi kepada setiap manusia yang ini melakukan perubahan positif didalam diri. Penulisan yang menarik dari Diana Amir dan Ibnu Rijal ini mampu menbuatkan saya membaca buku ini dengan titisan air mata yang merembes keluar tanpa dapat disekat walaupun saya telah menenangkan hati saya. 'Betapa hebatnya HIDAYAH ALLAH', itulah yang sentiasa terlintas didalam fikiran saya ketika cuba mengkhatamkan risalah ini.
Saya amat mengesyorkan buku ini kepada semua. Pada saya, iktibar yang boleh diambil dari penulisan buku ini adalah HIDAYAH itu MILIK ALLAH, jika dikehendaki oleh-Nya, siapa sahaja akan menerima petunjuk-Nya.
Allahu'allam, semoga kita memperoleh keberkatan itu juga. Amiinn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan