Assalamualaikum w.b.t,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelapangan waktu
untuk update entry blog yang sekian lama tidak dapat diisi kerana kekangan
masa. Okey lah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya
menghadiri satu talk mengenai perancangan kewangan peribadi atau personal financial planning yang
dipanggil sebagai “Smart Saving, Smart Spending”.
Talk ini diadakan pada 17 Oct 14, bertempat di
Dewan Kuliah 1 UiTM Kampus Samarahan 1, Sarawak. Talk ini disampaikan oleh Mdm.
Marlyn. Penceramah merupakan ketua cawangan APKP Kuching yang telah berkhidmat
selam 8 tahun didalam bidang ini dan pernah menabur bakti di Bank Negara selama
25 tahun.
Baiklah, saya tidak akan bercerita
panjang disini, tetapi saya hanya akan memberikan beberapa maklumat yang pada
saya bermanfaat untuk semua, terutama pada diri saya.
PENGURUSAN
HUTANG & KEWANGAN ANDA
1. Bagaimana
meningkatkan pengurusan kewangan anda?
Ø
Sediakan
bajet dan ikutinya (mulakan hari ini
juga!)
*Sekadar sebagai contoh sahaja. |
Ø
Simpan
sebahagian dari gaji (menabung
sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bulanan anda)
Ø
Hidup
mengikut kemampuan! (belanja kurang
daripada pendapatan anda)
Ø
Jadi
pembeli bijak (pilih tawaran terbaik)
Ø
Sediakan
dana kecemasan (menabung
sekurang-kurangnya enam(6) bulan perbelanjaan bulanan anda)
Ø
Bayar
bil tepat pada masanya (pertimbangkan
arahan bayaran tetap (standing
instruction) melalui institusi kewangan anda)
Ø
Pelbagaikan
pelaburan anda (jangan tumpukan kepada
satu sumber pelaburan sahaja)
Ø
Berwaspada
dengan skim cepat kaya (jarang sekali
anda akan dapat pulangan tinggi melebihi 20% setahun)
Nota : gagal untuk merancang adalah
merancang untuk gagal.
2. Bagaimana
menggunakan kad kredit anda dengan bijak?
Menggunakan
maksimum dua(2) kad kredit sahaja.
Anggap
kad kredit seperti wang tunai anda (jejaki
bila dan dimana anda menggunakannya)
Jangan
guna kad kredit jika tidak mampu membayar sepenuhnya.
Bayar
lebih daripada bayaran minimum bulanan (kesan
kadar faedah berkompaun adalah tinggi!)
Elakkan
daripada mengambil pendahuluan tunai atau cash
advance (caj kewangan yang dikenakan
adalah tinggi)
Semak
penyata bulanan (pastikan tiada
transaksi yang meragukan)
Beli
secara atas talian (online) di laman
sesawang yang dipercayai sahaja.
Nota : Jika anda tidak mampu untuk
menguruskan penggunaan kad kredit anda, pertimbangkan untuk menggunakan kad
debit.
3. Bagaimana
meningkatkan pengurusan hutang anda?
v Pinjam hanya untuk tujuan produktif.
v Pastikan anda mampu membayar balik ansuran
bulanan dengan selesa.
v Buat tabungan untuk membayar pendahuluan
yang tinggi untuk mengurangkan jumlah pinjaman dan kadar faedah.
v Sebagai panduan, pastikan semua pembayaran
ansuran bulanan tidak melebihi 40% daripada pendapatan kasar bulanan.
v Pastikan anda membayar ansuran
bulanan tepat pada masanya untuk
mengekalkan rekod kredit yang baik.
v Gunakan lebihan wang atau pendapatan
sampingan untuk mengurangkan beban hutang.
Nota : pastikan hutang sentiasa diuruskan
pada tahap terkawal.
DANA KECEMASAN
Penggunaan biasa bagi dana kecemasan:
Kehilangan
pekerjaan
Kemalangan
Perubatan
Membaiki
kerosakan
Bencana
alam
Kematian
“ untuk 3 – 6 bulan kos sara
hidup ”
CARA UNTUK MENAMBAHKAN HARTA
BERSIH
Tingkatkan
tabungan
Kurangkan
perbelanjaan
Langsaikan
hutang
Lupuskan
aset yang tidak menjana pendapatan
PINJAMAN
BANK
Peraturan meminjam:
ü
Untuk
tujuan produktif sahaja.
ü
Mengikut
kemampuan.
ü
Tanggungjawab
moral untuk membayar kembali.
Nisbah hutang kepada
pandapatan bersih (%) adalah:
(Pembayaran balik bulanan
pinjaman / pendapatan bulanan bersih) x 100
Contoh:
( RM 690.00/ RM 1800.00) X 100 = 38.33%
Tips!!! Jauhi diri dari
menjadi penjamin kecuali anda lebih kaya dari peminjam dan tolong jangan
sesekali terlibat dengan skim cepat kaya jika anda tak nak kena tipu.
UNTUK SEBARANG BANTUAN MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN, ANDA BOLEH BERHUBUNG DENGAN AKPK DENGAN MELAYARI LAMAN WEB BERIKUT :
Sekian sahaja daripada saya untuk entry pada kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan