MALAIKAT MIKAIL
SIFAT FIZIKAL MALAIKAT MIKAIL
Malaikat Mikail adalah salah satu
diantara empat malaikat yang menjadi pembesar seluruh malaikat. Ia diciptakan
oleh ALLAH SWT selepas malaikat Israfil dengan jarak kira-kira 500 tahun. Ia
dijadikan dari NUR (cahaya). Dari kepala hingga kakinya berbulu za'faran. Di
atas setiap bulu-bulunya terdapat muka(wajah) sebanyak satu juta. Setiap satu
wajah mempunyai satu juta mata. Setiap mata sentiasa menangis untuk memohon
rahmat bagi orang-orang yang berdosa. Selain itu, setiap wajah mempunyai mulut
sebanyak satu juta. Manakala setiap mulut mempunyai lidah sebanyak satu juta
juga. Setiap satu lisan boleh mengucapkan satu juta macam bahasa. Padahal
setiap lisan membaca istighfar untuk orang-orang mukmin yang berdosa. Kemudian
setiap mata menitiskan air mata tujuh ribu titisan. Lalu setiap titisan air
mata itu ALLAH SWT ciptakan satu malaikat yang bentuknya serupa dengan malaikat
Mikail. Tugas mereka adalah membaca tasbih hingga ke hari kiamat. Nama mereka
ialah Karubiyyun.Di samping bertasbih, mereka juga bertugas sebagai pembantu
malaikat Mikail melakukan tugas, iaitu menurunkan hujan, menjaga tumbuh-tumbuhan
dan menurunkan rezeki. Disebutkan bahawa setiap sesuatu yang berada di dalam
laut, buah-buahan yang berada di pohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada di atas
bumi, ALLAH SWT mengutuskan satu malaikat untuk menjaganya.
MALAIKAT MIKAIL TIDAK PERNAH TERTAWA SEJAK NERAKA
DICIPTAKAN
MALAIKAT MIKAIL A.S
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril,
"Mengapa aku tidak pernah melihat Malaikat Mikail tertawa sama
sekali?" Jibril AS menjawab "Mikail tidak pernah tertawa sejak neraka
diciptakan" (HR Ahmad dan Abu Syeikh). Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail
mendatangi Rasulullah SAW ketika baginda sedang bersiwak.Lalu Rasulullah
memberikan siwak kepada Malaikat Jibril. Maka Malaikat Jibirl berkata,
"Yang Besar!". Al-Hakim berkata: iaitu berikanlah siwak tersebut
kepada Mikail A.S kerana ia lebih besar. (HR At-Timmidzi). Rasulullah SAW
bersabda: "Para pembantuku dari penduduk langit adalah Jibril dan Mikail. Manakala
dari bumi adalah Abu Bakar dan Umar" (HR Al-Hakim dan Abu Sa'id) "Muazzin
penduduk langit adalah Jibril, sedangkan imam mereka ialah Mikail yang
mengimami di Baitul Ma'mur. Maka para malaikat berkumpul, mengelilingi Baitul
Ma'mur, bersolat dan beristighfar, lalu ALLAH SWT menjadikan pahala istighfar
dan tasbih mereka untuk umat Muhammad S.A.W". (HR Ad-Dailami). "Aku
bersaksi kepada Allah, sesungguhnya aku benar-benar telah diberitahu oleh
Mikail yang berkata, "Aku bersaksi kepada ALLAH,sesungguhnya aku
benar-benar telah diberitahu oleh Israfil dari lauhul mahfuzh bahawa ALLAH SWT
berfirman, "Peminum arak seperti menyembah berhala". (Diriwayatkan
oleh Al-Mutaqqi Al-Hindi).
TUGAS-TUGAS LAIN
Di samping bertugas menurunkan rezeki
dan hujan, malaikat Mikail juga sering mendampingi malaikat Jibril dalam
melaksanakan tugas-tugasnya. Di antaranya; Ketika malaikat Jibril menjalankan
tugas membelah dada Nabi Muhammad S.A.W untuk dicuci hatinya kerana akan diisi
dengan iman, Islam, yakin dan sifat hilim. Ketika itu peranan malaikat Mikail
tidak kalah pentingnya, ia datang dan pergi untuk mengambil air zam-zam bagi
mencuci hati Nabi Muhammad SAW. Ketika Nabi Muhammad S.A.W Isra' dan Mi'raj, malaikat
Mikail bersama-sama malaikat Jibril ikut mendampingi Baginda S.A.W selama dalam
perjalanannya. Disebutkan juga bahawasanya malaikat Mikail juga bertugas
sebagai pesuruh untuk menyampaikan lembaran kepada malaikat maut dari sisi
ALLAH. Dalam lembaran itu tertulis nama orang yang diperintahkan untuk mencabut
nyawanya, tempatnya dan sebab munasabah cabutan.
Wallahulam... Bayangkanlah Malaikat
Mikail A.S Tidak Pernah Tertawa Sejak Neraka Diciptakan Tetapi Kita Manusia Ini
Sentiasa Ketawa Dan Bergurau Senda...MasyaAllah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan