The One & The Only

The One & The Only
smile

Khamis, 23 Januari 2014

PENGHULU MUNAJAT

Ya Allah,
Luruskanlah hatiku,
Semoga lurus agamaku.
Bersihkanlah hatiku,
Semoga ikhlas selalu.
Tetapkanlah hatiku,
Supaya dapat menempuh ujian yang menipu daya.

Ya Allah yang menjaga hatiku,
Bersihkanlah hatiku supaya mazmumahku tidak merosakkan agamaku dan tidak merosakkan kehidupan orang lain.
Kuatkanlah hatiku semoga keyakinanku teguh dan tidak mudah berubah.

Ya Allah,
Rasakanlah dalam hatiku sentiasa bersama-Mu,
Supaya aku rasa ada kawan yang melindungiku,
Supaya aku tidak sepi didalam hidupku,
Supaya aku rasa malu melanggar suruhan-Mu,
Dan aku siap siaga menunaikan perintah-Mu.

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati,
Baikilah hatiku,
Supaya baik agamaku,
Supaya tidak khianat,
Tiada hasad dengki
Dan dendam sesama manusia.

Wahai Tuhan,
Limpahkanlah dalam hatiku ilmu dan hikmah,
Supaya dapat menyuluh hatiku dan kehidupanku,
Supaya lahir dan batinku sentiasa bersyariat,
Supaya lahir dan batinku sentiasa taat.

Ya Allah,
Kabulkanlah doaku ini.