The One & The Only

The One & The Only
smile

Isnin, 24 Mac 2014

BENTUK PEMBAHAGIAN ILMU

Assalamualaikum w.b.t...

Perkongsian entry pada kali ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan bentuk-bentuk pembahagian ilmu kepada pembaca sekelian.

1) Thaqafah Islamiyah - Ilmu teras agama yang wajib dikuasai iaitu ilmu al-Quran dan tafsirnya, ilmu hadis dan kitab-kitabnya, sirah Nabawiyah , ilmu tauhid, ilmu feqah dan tasawuf Islam.

2) Thaqafah Tarikhiyah - Ilmu berkaitan sejarah dan sirah agar memahami intipati dan belajar daripada sejarah. Sesuatu perkara yang timbul pada hari ini kadang kala sudah ada sejarahnya, orang yang celik sejarah adalah orang yang berjiwa besar.

3) Thaqafah Lughawiyah - Ilmu yang berkaitan bahasa yang menjadi kuasa baru dunia. Mereka yang menguasai banyak bahasa akan menguasai dunia.

4) Thaqafah Ilmiah - Ilmu-ilmu kritikal yang berdasarkan kajian akademik dan lapangan seperti ilmu teknologi, ilmu sains dan sebagainya.

5) Thaqafah Insaniah - Ilmu berkaitan pembinaan model insan (human development) dan sains sosial seperti psikologi, kaunseling dan sebagainya.

6) Thaqafah Waqi'yyah - Ilmu berkaitan dunia masa kini dan berkait rapat dengan kehidupan manusia hari ini.

          -petikan daripada 7Golongan Dinaungi Arasy-

Demikian adalah pembahagian bentuk-bentuk atau jenis-jenis ilmu mengikut pembahagian para ulama.

Allahu'alam...semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan