Mujahid penting disebalik kejayaan Salahuddin al-Ayubi
Nama : Sultan Nuruddin Mahmud Zanki.
Nama
penuh : Al-Malik Al-Adil
Nuruddin Abul Qasim Mahmud bin Imaduddin Zanki.
Tarikh
lahir : 17 Syawal 1511
Masihi / Februari 1118 Masihi (20 tahun
setelah kejatuhan Baitul Maqdis
ketangan Tentera Salib).
Tarikh
mangkat : 11 Syawal 570 Hijrah /
15 Mei 1174 (54 tahun).
Mazhab :
Hanafi.
Nama
ayah :
Imaduddin Zanki.
Tempoh
pemerintahan : 28 tahun.
Sebab
kematian : Radang pada kerongkong.
Nama
kerajaan : Kerajaan
Mosul (Syria)
Negara
taklukan : Syria, Iraq, Edessa
(Turki).
Peribadi :
Æ Sentiasa
menghormati para ulama dang menghargai mereka.
Æ Beliau
sentiasa terlebih dahulu berdiri dan mempersilakan tetamu duduk dahulu bagi bagi
orang yang fakir dan soleh.
Æ Seseorang
yang berwibawa dan adil.
Æ Tidak
membicarakan kecuali hal ilmu, agama dan jihad.
Æ Digelar
sebagai Malikut Adil yang membawa maksud raja yang adil.
Æ Seorang
yang tidak sukakan pujian.
Æ Seorang
yang zuhud, warak dan sangat menjaga solat berjemaah dan solat malam.
Peristiwa
Penting : Pernah didatangi
Rasulullah S.A.W. melalui mimpi dan bersabda kepada kepada beliau yang berbunyi
“ Tolonglah aku, selamatkan aku dari dua orang lelaki ini”. Dua orang lelaki
yang dimaksudkan adalah lelaki yang berasal dari Moroko dan menyamar sebagai
orang alim yang datang untuk mengerjakan haji. Namun sebenarnya meraka
mempunyai agenda lain iaitu; untuk mencuri jenazah Nabi Muhammad S.A.W bagi
bertujuan untuk memalukan orang Islam. Sultan Nurruddin al-Zanki mengambil
keputusan untuk pergi ke Madinah dan melakukan siasatan setelah mendapat
khidmat nasihat daripada para menteri atau penasihatnya. Dan dengan itu beliau
berjaya mempertahankan makam Rasulullah S.A.W dengan menahan dan menjatuhkan
hukuman terhadap dua orang lelaki Moroko itu.
Pencapaian :
Ø Berjaya
menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah.
Ø Dapat
meriwayat hadis-hadis kerana ilmu yang
luas.
Ø Pada
November 1146 Masihi / Jamadil Akhir 541 Hijrah, beliau berjaya merampas Raha
seminggu selepas ditawan oleh Goslene II.
Ø Pada
tahun 559 Hijrah, Nuruddin al-Zink berjaya menawan Harim, sebuah kubu
pertahanan tentera Salib di Utara setelah mengalahkan tentera gabungan Perancis dan Yunani.
Ø Tidak
lama kemudian, beliau menawan pula Kubu Pertahanan Banias di kaki Gunung Hermon.
Ø Pada
1173 Masihi / 569 Hijrah, beliau telah bersiap sedia untuk melancarkan serangan
untuk menakluki Baitul Maqdis tetapi kematian menjemput beliau terlebih dahulu.
Nota: Andai ada penambahan informasi mengenai pejuang Islam ini, harap boleh dikongsikan bersama agar saya dapat membuat penambahbaikan di dalam nota ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan