The One & The Only

The One & The Only
smile

Ahad, 15 Jun 2014

Tips Persiapan Sebelum Ramadhan

Tips Persiapan Diri Sebelum Ramadhan.

Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan sebagai persediaan dalam menghadapi madrasah Ramadhan adalah seperti:

Fasa 1: (Menyedarkan Hati)

Aktiviti: Fokus untuk mengembalikan kestabilan jiwa dengan perkara berikut:-
  1. Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.
  2. Tilawah al-Quran dan sasarkan supaya dapat dikhatamkan apabila tamat ramadhan nanti.
  3. Membaca artikel di internet atau buku berkenaan Allah, syurga dan nikmat-Nya, zikrullah, taubat dan sebagainya.
  4. Berfikir mengenai pencapaian Ramadhan pada tahun lepas.
  5. Berdoa semoga Allah membantu kita dalam memberikan ketabahan untuk melakukan ketaatan.
Fasa 2: (Minggu Puasa Dan Al-Quran)
Aktiviti: Fokuskan kepada tazkirah mengenai Ramadhan untuk memberi ransangan dan motivasi yang berpanjangan.
  1. Mula puasa Isnin dan Khamis.
  2. Memperbanyakkan membaca dan mendengar bacaan al-Quran.
  3. Cuba habiskan sekurang-kurangnya 4 muka al-Quran sehari agar dapat dikhatamkan apabila Ramadhan meninggalkan kita nanti.
  4. Bertadarus dengan teman serumah/jiran selepas solat maghrib setiap hari.
Fasa 3: (Minggu Fajar, Zikir Dan Sedekah)
Aktiviti: Teruskan dengan aktiviti fasa 1 dan 2.
  1. Tunaikan solat subuh pada waktunya dan solat sunat 2 raka'at sebelumnya.
  2. Banyakkan amalan sedekah.
  3. Amalkan zikir di masa lapang selain zikir al-Mathurat selepas subuh.
  4. Pelajari jenis-jenis sedekah selain harta (senyum,  menolong orang Islam).
Fasa 4: (Minggu Qiam Dan Amalan Sunat)
Aktiviti: Teruskan dengan 3 aktiviti yang lepas.
  1. Mulakan dengan qiamulail 2 kali seminggu.
  2. tunaikan solat witir selepas isyak atau sebelum tidur.
  3. Berusaha agar dapat bangun pagi 30 minit sebelum azan subuh.
  4. Iltizam dengan solat sunat Rawatib.
  5. Iltizam dengna tilawah al-Quran selepas subuh hingga terbit matahari. Lakukan sekali seminggu sebagai permulaannya iaitu pada masa cuti. Boleh ditambah dengan solat sunat Dhuha.
  6. Cuba aturkan jadual pemakanan anda agar ia benar-benar menyihatkan dan elak makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. Ini penting bagi memastikan Ramadhan yang bakal menjelang itu nanti sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh Allah.
Fasa 5: (Minggu Doa Dan Taubat)
Aktiviti: Teruskan dengan aktiviti-aktiviti yang lepas.
* Ini merupakan minggu terakhir persiapan.
  1. Memperbanyakkan doa dan istighfar. Mohon agar dipertemukan dengan Ramadhan, diberi kekuatan untuk melakukan ketaatan pada bulan Ramadhan nanti dan diterima segala amalan yang kita lakukan.
  2. Bertaubat sepenuhnya diatas segala keterlanjuran sebelum ini dan mulakan lembaran baru dengan mengingati Allah.
  3. Eratkan silaturrahim dengan ahli keluarga dan rakan-rakan dan jadikan Ramadhan dan persediaan menyambutnya sebagai topik perbualan (ziarah, telefon, sms, email dan sebagainya).
Petikan dari Manhaj Ramadhan (andai ini Ramadhan terakhir ku....), terbitan Adab Sinergi Sdn Bhd.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan