The One & The Only

The One & The Only
smile

Jumaat, 18 Disember 2020

DOA HARIAN

DOA HARIAN

 

Bismillahirrahmannirrahim

 

Ya Allah ya Tuhan kami,

Ampunilah dosa aku, kedua ibubapaku, adik-beradikku, kaum keluargaku, guru-guruku, jiran-jiranku, sahabat-handaiku dan umat Islam keseluruhannya sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

 

Kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami,

Istiqomahkanlah diri kami,

Tenang dan terangkanlah hati kami,

Hadiahkan keredhaan kepada kami,

Tabahkan hati kami,

Sabarkan diri kami,

Lapangkan hati kami,

Kurniakan kami akal yang tajam dan panjang,

Anugerahkan kami dengan kesihatan akal, jasmani dan rohani yang baik.

 

Ya Rabb,

Kau peliharakanlah iman kami,

Tebal dan tetapkanlah iman kami,

Suburkan dan teguhkanlah iman kami ya Allah.

 

Ya Rahman ya Rahim,

Andai rezeki kami diatas langit, Kau turunkanlah;

Andai rezeki kami didalam bumi, Kau keluarkanlah;

Andai rezeki kami jauh, Kau dekatkanlah;

Andai rezeki kami sukar, Kau permudahkanlah;

Andai rezeki kami sempit, Kau lapangkanlah;

Andai rezeki kami sedikit, Kau cukupkanlah;

Andai rezeki kami haram, Kau sucikanlah.

 

Ya Karim,

Permudahkanalah segala urusan kami didunia dan akhirat.

Perlapangkan urusan kubur kami.

Perluaskanlah titian sirat untuk kami.

 

Ya Allah,

Lindungilah kami dari fitnah dunia dan akhirat,

Lindungilah kami dari fitnah Dajjal,

Lindungilah kami dari fitnah akhir zaman,

Lindungilah kami dari fitnah manusia.

 

Ya Allah ya Tuhan kami,

Matikan kami dalam keadaan husnul khotimah,

Matikan kami dalam keadaan iman kami telah sempurna,

Matikan kami dalam keadaan kami telah melangsai semua hutang-hutang kami.

 

Amin amin ya rabbil’alamin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan